SIBU, 2 Feb – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, menghadiri beberapa rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Sibu hari ini.
Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Datuk Jason Tai Hee, diikuti dengan rumah terbuka Datuk Michael Tiang Ming Tee dan kediaman Datuk Tiong Thai King. Premier turut meluangkan masa meraikan perayaan ini di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Dato Wong Kuo Hea.
Pada sebelah petang, Premier meneruskan kunjungan ke kediaman YB Dato Sri Wong Soon Koh sebelum menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Chieng Jin Ek. Lawatan perayaan ini berakhir dengan kunjungan ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Cauncelor Mr. Raymond Tiong.
Turut mengiringi Premier ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta isteri Datin Amar Enn Ong, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Haji Julaihi Haji Narawi serta isteri Datin Sri Hajah Sa’adiah Buji, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.